Isnin, 13 Oktober 2014

13 oktober "No bra day's"

Bila tarikh 13-okt-2014 mesti ada yang akan tanya dah bukak ke belum bra? Tapi bagi ifa sendiri ifa rasa kita sebagai wanita yang beragama islam tak patut la nak sambut hari yang sedemikian.. seterusnya,pernah tak kita terfikir dengan kempen seperti nie berapa banyak wanita kat luar sana yang seronok berselfie untk cerita kat semua orang yang dia memang tak pakai bra.. sebenarnya tak nak tunjuk tapi die nak bagitahu yang dia sokong hari tanpa bra.. hmm ifa rasa kalau da start berselfie tu walaupun dalam keadaan pakai baju tapi masih lagi nampak bentuk aset wanita,tak kan la aset tersebut nak kita tayangkan untuk seluruh dunia..Baru je ifa online facebook dah ada sorang perempuan duk selfie dalam keadaan yang hmm.. korang rasa boleh bayang tak kalau dia pun sokong hari tanpa bra jugak.. so,boleh korang fikir macamana dia pakai untuk harini.. bila tengok gambar tu je fa jadi terpanggil nak tulis untuk hari ni.. kadang-kadang kita tak pernah sedar pun kalau apa yang kita pos atau muat naik sesuatu benda tu boleh buat orang asyik tengok kita punya account.. kadang-kadang bukan niat nak jaga tepi kain orang tapi sebenarnya orang tak pernah terfikir nak muat naik tentang apa yang kita sedang muat naik.. so,hati-hati bila muat naik sesuatu jangan sampai orang selalu tengok account kita.. kalau untuk yang berfaedah alhamdulilah tapi kalau tak berfaedah korang fikir la sendiri..setakat ini sajalah untuk hari ini salam maghrib,,

Isnin, 28 November 2011

Kerana Cinta Aku Rela Dalam Paksa

Kehidupanku penuh dengan perit dan getir
Aku terluka kerana harus melakukan semua ini dengan bukan rela hatiku.
Ia amat menyeksa diriku dan amat menyakitkan,
Aku tahu aku seorang yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa
Tetapi tidak bermakna aku harus mengikuti segala-galanya
Tanpa kerelaan hatiku
Aku terseksa dengan kehidupan ini
Bibir manisku tersenyum manis,
Gelak manjaku sentiasa kedenganran
Suara merduku sentiasa menghilangkan sepi
Tetapi hatiku menangis merintih mahu dilepaskan
Aku menangis kerana nasibku yang malang.
Oh….Tuhan
Apakah kesalahanku sehingga nasib aku seperti ini sesungguhnya aku hanyalah manusia yang lemah

Dalam doaku…..
Aku mohon kepadamu Ya Allah
Aku merayu padamu
Memaafkanlah segala dosaku
Dan memberikan sinar yang terang
Kepada diriku aku mengharap
Supaya bukan hanya dibibirku sahaja yang gembira
Tetapi hati dan jiwaku.
Ku berserah kepadamu Ya Allah
Memberikan aku sinar yang lebih berbahagia.
Kehidupanku penuh dengan perit dan getir
Aku terluka kerana harus melakukan semua ini dengan bukan rela hatiku.
Ia amat menyeksa diriku dan amat menyakitkan,
Aku tahu aku seorang yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa
Tetapi tidak bermakna aku harus mengikuti segala-galanya
Tanpa kerelaan hatiku
Aku terseksa dengan kehidupan ini
Bibir manisku tersenyum manis,
Gelak manjaku sentiasa kedenganran
Suara merduku sentiasa menghilangkan sepi
Tetapi hatiku menangis merintih mahu dilepaskan
Aku menangis kerana nasibku yang malang.
Oh….Tuhan
Apakah kesalahanku sehingga nasib aku seperti ini sesungguhnya aku hanyalah manusia yang lemah

Dalam doaku…..
Aku mohon kepadamu Ya Allah
Aku merayu padamu
Memaafkanlah segala dosaku
Dan memberikan sinar yang terang
Kepada diriku aku mengharap
Supaya bukan hanya dibibirku sahaja yang gembira
Tetapi hati dan jiwaku.
Ku berserah kepadamu Ya Allah
Memberikan aku sinar yang lebih berbahagia.
Gertak hati ku..
..pada jiwa ku..

Engkau ampuni dia?
engkau lupakan dia?

tak ingat pada seksa mu?
tak ingat pada janji nya pada mu?
tak ingat pada senyumannya yang palsu?

Gertak hati ku..
..pada jiwa ku..

atau
..engkau masih sayang dia..
..engkau masih rindu dia..
..engkau masih dambakan dia..
..engkau dahaga kasihnya..
engkau masih..masih..masih..

aduhai laksana batu besar di tepian pantai
dipukul ombak berkali..
terluka masih kukuh di situ..
tercedera masih tak tumbang..
diconteng pelawat pantai.. masih tak ganjak

suci..suci rindu ku
suci..suci kasih ku
suci..suci pasrah ku

Tuhan..
bantu aku melupakannya..



Ingin dicintai bukan untuk disakiti...

Dahulu desis hati ku kesah pilunya kerana kasih cinta dan nista itu masih bersama ku.. Bukan hasrat ku bermain kata menulis puisi cinta tapi ianya teras agas puisi hiba alunan jiwa ku yang merindu kasih. Laksana sang pungguk yang melihat indahnya bulan tapi tak terdakap lalu menyiulkan bunyi panggilan sayu..

Aku pilih untuk berkata bahasa pilu sebagai ganti puisi cinta yang seharusnya menjadi mainan pujaan jiwa ku.. Yang jelas atlasnya itu puisi hati, kata hati ku yang duka pilu mengenang nostalgia yang kata-kata cinta terbenam dibenaknya..

Merindukah aku? Merindukah kamu? Tiada yang dapat menyangkal lumrah insani yang indah di helaian kutub hati. Bukan puisi tentang cinta tapi bait kata-kata puisi hati yang telus jelas nyata membalikkan sesuatu yang disebaliknya. Aku jujur.. Kamu juga jujur mahunya tanpa perlu tahu tentang hiba hinanya aku



Kamu.. boleh aku bertanya?

Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?

Kamu.. boleh aku bercerita?

Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi yang dulunya pernah kamu pakai, akan ku toleh dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh pada kamu..

Kamu.. boleh aku bertanya lagi..?

Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di alam tanpa ku? Telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?

Kamu.. boleh aku bercerita lagi?

Aku rindu kamu, sentiasa memandang kamu.. Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia. Dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana... Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu, demi gembira kamu bidadari hati ku..

Ada untuk memberi...

.: Mengasingkan Perasaan :.

“Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah. Orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.”
- Abu Ali Ad-Daqqaq -

Bercerita tentang mengasingkan perasaan, ramai akan menyangka kita perlu untuk membuang perasaan yang tidak selesa seperti sedih dan sebagainya jauh-jauh dari hati kita. Tidak, sebenarnya bukan begitu. Mengasingkan perasaan adalah dengan menyelami perasaan itu pada awalnya mengasingkannya setelah kita merasai kepahitannya.

Jika kita berasa sedih dan terluka, laluilah dan selamilah perasaan itu terlebih dahulu. Mengapa perlunya untuk kita melalui perasaan sedih itu? Sebenarnya begini, apabila kita membenarkan diri kita untuk merasa apakah perasaan sedih, maka kita akan dapat memahami bagaimana dan apa sebenarnya perasaan sedih itu. Perasaan yang membawa kepada tangisan, sebak, marah, putus asa dan sebagainya; itu perasaan sedih yang kita rasai. Lalu, sebagai insan yang bijak, seharusnya kita dapat menilai adakah perasaan sedih itu perlu untuk kita lalui setiap masa dan setiap ketika? Adakah kita mahu untuk terus murung tanpa melakukan apa-apa untuk mengubati perasaan itu?

Seharusnya, setelah kita melalui dan menyelami rasa sedih itu yang sudah kita ketahui bebanannya, maka untuk peringkat seterusnya, belajarlah mengasingkan perasaan tersebut. Tidak salah untuk kita berasa terluka dan sedih. Itu fitrah yang biasa dilalui oleh setiap insan yang tercipta. Namun, harus kita mengerti perasaan itu Allah yang beri dan hati itu Allah yang menjaganya. Dan kita perlu untuk percaya bahawa Allah Maha Penyembuh hati yang terluka dan sedih.


Jangan kita terus-terusan bersedih kerana perkara yang telah terjadi. Yang terjadi akan kekal terjadi dengan takdir-NYA. Tidak mengapa kita menangis untuk seketika tetapi carilah kekuatan daripada airmata yang mengalir itu. Ingatlah insan...

"Dan apabila perancangan tidak menjadi seperti yang diharapkan, senyum dan ingatlah. Manusia merancang dengan cita-cita sedangkah Allah merancang dengan cinta-NYA..."

Jangan kita bersangka buruk kepada ujian-NYA. Sungguh! Hidup ini adalah ujian... Dan ujian itu terselit hikmah di sebaliknya. Dan haruslah kita sebagai insan, membulatkan tekad menyerahkan urusan kesedihan itu kepada-NYA setelah kita berusaha dan terus berusaha. Berlapang dadalah atas setiap apa yang berlaku. Belajarlah mengasingkan perasaan. Pujuklah hati...

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan..."
Al-Insyirah : 5


Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Kasihku Abadi

Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki
Oh...